PENGENALAN

 

Yayasan Al khatiri telah ditubuhkan pada 6 November 2014 dengan beorientasikan  kebajikan dan pendidikan anak-anak yatim dan fakir miskin. Operasi Yayasan Al khatiri adalah berpusat di Bandar Baru Kubang Kerian, Kelantan.

 

 

VISI SYARIKAT

 

Berusaha untuk meningkatkan taraf pendidikan anak-anak yatim dan fakir miskin serta berusaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi menerusi bidang ilmu dan pendidikan disamping menggalakkan sikap tolong-menolong dalam kalangan masyakarat.

 

 

MISI SYARIKAT

 

Menerima dan mentadbir dana yang disumbangkan oleh anggota masyarakat dan badan-badan korporat dengan bijaksana bagi memastikan kekukuhannya serta memberi peluang yang adil dan saksama kepada anak-anak yatim dan fakir untuk  miskin melanjutkan pelajaranya ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, memiliki sosio-ekonomi yang teguh dan berjasa kepada bangsa dan negara seterusnya menjadi peyumbang modal insan negara.

 

 

OBJEKTIF SYARIKAT

 

  • Meningkatkan pembangunan pendidikan anak-anak yatim dan fakir miskin konsisten dengan Polisi Pendidikan Nasional dan Akta Pendidikan 1991 dari masa ke semasa yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS
  • Menjaga dan menguruskan perihal urusan pemberian biasiswa atau pembiayai pinjaman kepada anak-anak yatim dan fakir miskin yang difikirkan oleh Yayasan layak menerima biasiswa atau pinjaman bagi tujuan pengajian mereka
  • Memberi sumbangan amal kepada mana-mana individu, badan-badan atau pertubuhan sebagai menjalankan tanggunjawab sosial.