Projek Pembangunan

 

Pada  awal tahun 2016, Yayasan Al Khatiri telah bersepakat untuk memajukan tanah yang telah dibeli di kawasan Lubok Jong Pasir Mas untuk tujuan kebajikan kepada golongan asnaf dan  golongan kurang berkemampuan bagi menambahkan sumber pendapatan dan juga menambahkan ilmu-ilmu agama dalam diri masing-masing.  Maka  pada  bulan Mac 2016, Yayasan Al Khatiri telah membina satu projek pembangunan di Lubok Jong Pasir Mas iaitu 40 unit perumahan jenis cluster dan juga 1 unit masjid yang mana terdapat seorang ustaz yang diimport khas untuk mengajar ilmu-ilmu agama serta menyediakan ladang tanaman dan ternakan. Projek tersebut dianggarkan berjumlah hampir 5 juta.

Syukur Alhamdulillah dengan berkat dan doa barisan Yayasan Al Khatiri, projek tersebut dapat disiapkan dalam tempoh 8 bulan. Ini menjadikan misi dan visi syarikat semakin bertambah kukuh. Dengan rasminya projek tersebut telah dirasmikan pada 22 Mac 2017 bersamaan 27 Ramadhan 1438H oleh Tuan Haji Salim bin Salleh yang mana merupakan satu-satunya penaung besar dan tulang belakang  Yayasan Al Khatiri

Pada majlis perasmian projek tersebut,  semua barisan Yayasan Al Khatiri turut serta bagi menjayakan program sumbangan kepada golongan anak yatim dan juga golongan asnaf.

anak syurga al khatiri

pembukaan rumah anak yatim